KANGAR: Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM57.2 juta kepada kerajaan negeri Perlis bagi menangani impak kejadian banjir kepada penduduk di negeri itu, kata Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Datuk Seri Huang Tiong Sii.
Huang berkata, peruntukan itu disalurkan di bawah Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi bagi menangani masalah banjir di kawasan risiko tinggi seluruh negara mulai 2023 hingga 2030 melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM11.8 bilion seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis turut menerima peruntukan sebanyak RM127 juta bagi melaksanakan tiga projek yang bukan sahaja memfokuskan kepada projek tebatan banjir, malahan melibatkan pemulihan empangan dan pemuliharaan sungai demi kesejahteraan rakyat Perlis.
"Peruntukan tersebut adalah di bawah Rolling Plan Pertama sehingga Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12," katanya ketika merasmikan sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS 2023) Peringkat Kebangsaan di Pasar Terapung JPS Perlis, di sini, pada Ahad.
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rosli Isa dan Ketua Pengarah JPS Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Anuar Othman.
Huang berkata, di samping itu, sebagai persediaan untuk menghadapi musim Monsun Timur Laut dan mengurangkan impak kejadian banjir pada penghujung tahun ini, JPS turut memperuntukkan RM2.5 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja kecemasan di luar jangka.
Sementara itu, katanya, dalam menghadapi fasa peralihan monsun dan Monsun Timur Laut, semua jabatan dan agensi di bawah kementerian itu telah di arah untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi bencana banjir.
"Di seluruh Perlis sendiri, sebanyak 36 buah stesen telemetri aras air sungai dan 48 buah stesen hujan serta 12 stesen siren amaran banjir telah dipasang,
"Bagi model ramalan banjir bagi lembangan Sungai Perlis pula telah beroperasi dan berupaya memberi ramalan banjir tujuh hari lebih awal serta amaran banjir pula sehingga dua hari lebih awal," katanya.
Dalam perkembangan lain, Huang memaklumkan sambutan Hari Sungai Sedunia diadakan bersebelahan Sungai Perlis kerana ia merupakan simbolik perpaduan, budaya dan gambaran sosioekonomi penduduk di negeri ini.
HSS 2023 yang buat julung kalinya diadakan di Perlis dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik antaranya jualan produk tempatan di pasar terapung, pertandingan memancing ikan, kempen derma darah dan pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi serta syarikat tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
Huang berkata, peruntukan itu disalurkan di bawah Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi bagi menangani masalah banjir di kawasan risiko tinggi seluruh negara mulai 2023 hingga 2030. - Gambar fail Facebook Huang Tiong Sii
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak
Loke berkata dana itu sebagai sokongan dan penghargaan beliau terhadap sumbangan masyarakat Buddha di negara ini.
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan pembangkang kononnya Ahli Parlimen mereka dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Kerajaan rangka MoU peruntukan wakil rakyat pembangkang - TPM Fadillah
MoU akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sabah sedia peruntukan RM131 juta pembangunan sekolah agama Islam dan masjid - Hajiji
Hajiji berkata kerajaan negeri amat komited dengan program-program yang berkaitan dengan pembangunan syiar Islam di Sabah.